web widgets

Sunday, September 15, 2013

MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT UPSR 2013

Majlis sembahyang hajat untuk menghadapi UPSR 2013 telah diadakan di asrama SKPK Besut pada 8 september 2013. Majlis telah menjemput semua ibubapa murid yang akan mengambil UPSR 2013.

Cikgu Ayob sedang memberi ucapan
Majlis dimulakan dengan ucapan dari PK 1 EN Ayob bin Mat Amin , dalam ucapan beliau banyak mennyentuh mengenai peranan ibubapa menyediakan pelajar untuk menghadapi UPSR .

Cikgu Raja Hussin sedang memberi ucapan
Seterusnya guru besar YM Raja Hussin Bin Raja Puteh memberi ucapan , dalam ucapan beliau banyak menyentuh berkenaan masa hadapan anak-anak muridnya selepas UPSR ini.

Jamaah bersedia sebelum menunaikan solat





Selesai guru besar memberi amanat terakhir untuk ibubapa , semua hadirin sembahyang maghrib berjamaah , membaca yassin dan solat hajat memohon kejayaan dari ALLAH. Solat Maghrib , Solat Isyak dan solat hajat di imamkan oleh Ustaza Yusuf . Diakhir majlis semua dijemput untuk menikmati makan malam yang disediakan .



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...