web widgets

Monday, August 5, 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA SKPK BESUT TAK LUPA JUGA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SELURUH DUNIA ......

 

Saturday, August 3, 2013

MAJLIS SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2013





 

BACAAN SURAH-SURAH AL-QURAN

Untuk tahun 2013 ini sekali lagi program membaca Al-quran diadakan . Semua staff SKPK Besut telah diberi tanggung jawab untuk membaca surah yang telah dibahagikan . Insyaallah semua surah itu dapat dibaca sepenuhnya . Akhirnya pada 31 Julai 2013 jam 12.45 tgh acara khatam Al-quran diadakan di bilik mesyuarat .


Antara guru yang dapat hadir majlis khatam Al-Quran


Majlis Berbuka Puasa SKPK Besut 2013

Tanggal 25 Julai 2013 kelab kebajikan SKPK Besut telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di Dewan Pusat Kegiatan Guru Dun Raja , Besut . Semua staff dan murid beserta penjaga terlibat dalam program ramadhan ini. Program ini turut dihadiri wakil dari Bahagian Pendidikan Khas iaitu Ustaz Sukiman . Program bermula jam 6 petang dimulakan dengan bacaan doa seterusnya bacaan Al-fatihah secara isyarat tangan yang disampaikan oleh johan Qari bahasa isyarat kaedah fakih Nor Syahdan Muhammad . 

Adik Nor Syahdan menyampaikan bacaan AL-Fatihah

Antara tetamu yang hadir

Dari kiri Cikgu Ayob (PK 1) ,  YM Raja Hussin (Guru Besar ) dan Ustaz Sukiman ( Wakil dari BPK)



Program di teruskan lagi dengan ucapan yang penuh bersemangat dari tuan guru besar . Pelbagai nasihat dan pengalaman diberikan kepada semua yang hadir . Akhir sekali Ustaz Sukiman wakil dari Bahagian Pendidikan Khas Putrajaya yang sanggup untuk hadir semata-mata untuk berbuka bersama kami menyampaikan ucapan . Terima Kasih sekali lagi dari kami warga SKPK Besut kepada Ustaz Sukiman

Ucapan dari tuan guru besar

Ucapan dari wakil Bahagian Pendidikan Khas Putrajaya , Ustaz Sukiman


Akhirnya masa berbuka sampai juga semua peserta memulakan berbuka puasa dengan kurma dan air sahaja seterusnya perogram di isi dengan sembahyang Maghrib berjamaah . Akhirnya selepas itu semua yang hadir di sajikan makanan yang berat . Nasi , gulai lemak telur itik , ayam goreng , daging bakar juga ulam-ulaman dihidangkan untuk majlis berbuka puasa kali 2013 ini.

Antara Hadirin yang hadir

Menanti untuk berbuka

Berkat Ramadhan

Majlis Berbuka Dan Penyampaian Hamper Bersama Bridged PLKN

28 Julai 2013 pula SKPK Besut telah dipilih oleh Persatuan Briged Sukarelawan Khidmat Negara untuk berbuka bersama disamping menyampaikan  hamper kepada murid SKPK Besut . Pertunjukan silat yang memang sudah sinonim dengan SKPK Besut telah diberi peluang sekali lagi untuk menunjukkan silat dalam acara sambutan  menyambut tetamu dari Briged PLKN ini. Terpegun juga tetamu yang hadir maklum la murid ini murid OKU , tetapi itu semua bukan alasan untuk murid mempersembahkan yang terbaik .

Persembahan silat
Guru besar bersama wakil dari bridged PLKN
Selesai pertunjukan silat , Slide Show untuk memperkenalkan SKPK Besut pula dimainkan seterusnya persembahan nasyid juga mengaji kaedah fakih . Ucapan guru besar yang sangat beremosi kerana setelah bertahun lamanya beliau berkhidmat di SKPK Besut tahun 2013 ini adalah yang paling bertuah . Ini kerana pada tahun 2013 ini ada juga persatuan yang memandang sekolah kami dalam menghulurkan bantuan pada yang tidak bernasib baik seperti murid sekolah kami .

Antara pengisian aktivit sebelum iftar
Wakil dari PLKN juga sempat memberi sepatah dua kata , akhirnya sebelum berbuka majlis diteruskan dengan penyampaian hamper kepada murid SKPK Besut. Harap program seperti ini dapat membuka mata banyak pihak tentang kewujudan sekolah untuk OKU seperti kami. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa baik pihak Bridged PLKN.

Gambar kenangan sebelum pulang



MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN AJK ASRAMA SKPK BESUT

 Majlis anjuran ajk asrama ini telah berlangsung di Demong Beach Resort , Besut , Terengganu. Bukan memuji tetapi Tanjung Demong dipilih untuk jamuan berbuka puasa tahun ini kerana suasana yang segar menghadap Laut China Selatan serta makanan serta khidmat yang diberikan membuat kami agak selesa.

Bagi mereka yang ingin bercuti atau mencari tempat menginap di Besut boleh lah pergi ke laman sesawang Tanjung Demong Sendiri.

Laman web Tanjung Demong.
Terima kasih diucapkan kepada warden asrama iaitu Cikgu Hazura dan Cikgu Arman yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis berbuka puasa Asrama 2013 ini. Pelbagai hidangan dihidangkan antaranya sambal ikan bilis , sotong , ikan keli goreng serta pelbagai lagi hidangan yang memang menyelerakan .
Antara menu gaya kampung.
Akhir sekali disini dipaparkan gambar-gambar menarik sepanjang majlis berlangsung.Terima kasih untuk semua yang terlibat .







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...