web widgets

Monday, June 10, 2013

PERJUANGAN SUDAH BERMULA......

Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia 2013 berlangsung dari 10 hingga 12 jun 2013 di Stadium Darul Makmur Kuantan , Pahang  , Jadi bermulanya perjuangan atlit dari Terengganu khasnya atlit dari SKPK Besut. Seramai 4 orang pelajar 2 lelaki dan 2 perempuan telah dipilih untuk menyertai kejohanan ini .Cikgu Shamsudin pula telah terpilih sebagai salah seorang pegawai merangkap jurulatih negeri untuk tahun 2013 ini. Harap kejayaan bersama mereka yang menyertai kejohanan



Sunday, June 9, 2013

LAWATAN MUHIBAH KE SARAWAK 2013

Seramai 15 orang murid dari sekolah kami dan 10 orang murid dari SK Panchor telah mengikuti lawatan muhibah ke Sarawak 18 hingga 21 Mei . Terima kasih diucapkan atas layanan terbaik yang disediakan sepanjang kami menginap di SK Kota Samarahan juga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini termasuk TLDM yang menyediakan pengangkutan bas untuk ke Lapangan Terbang Kota Bharu.

Murid teruja untuk menaiki pesawat

Peserta lawatan tiba di Kuching , Sarawak pada 6.30 petang dan di bawa ke SKPK Kota Samarahan menggunakan bas . Jadi untuk malam itu peserta berehat di asrama SKPK Kota Samarahan untuk menghilangkan lelah setelah mengikuti perjalanan yang jauh serta bersedia untuk perjalanan hari esok.

Kawasan SKPK Kota Samarahan .
19hb lawatan ke Kampung Budaya (Sarawak Cultural Village) menjadi tempat lawatan pertama peserta . Di sini semua peserta dapat  melihat sendiri adat dan budaya suku kaum peribumi di Sarawak. Disini saya sertakan serba sedikit latar belakang tentang Kampung Budaya Sarawak.

     “Terokai Sarawak dalam masa setengah hari” itulah yang dijanjikan oleh Kampung Budaya Sarawak, sebuah muzium ‘award winning’ yang menawarkan pengenalan terbaik bagi cara hidup dan budaya tempatan. Terletak di atas sebidang tanah seluas 17-ekar dan hanya terletak berdekatan dengan kawasan hotel-hotel resort, di sini terdapat bangunan replika yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik di Sarawak; Rumah panjang Bidayuh, Iban,dan Orang Ulu, perkampungan hutan Penan, Rumah Tinggi Melanau, sebuah rumah tradisional Melayu dengan gelanggang gasing terletak bersebelahannya, Rumah Ladang Cina serta sebuah Pagoda Cina. Wakil dari setiap suku kaum ditempatkan di setiap bangunan ini dengan memakai pakaian tradisional dan melakukan aktiviti-aktiviti yang melambangkan gaya hidup tradisional mereka. Setiap bangunan juga diwakili oleh seorang ‘Tukang Cerita’ yang berpengetahuan luas tentang cara hidup dan budaya-budaya ini. Mereka juga sangat mesra dan amat berbesar hati untuk mengambil gambar bersama anda.
Peserta lawatan bergambar kenangan
Setelah selesai melawat perkampungan budaya ini, anda boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional dari pelbagai suku kaum di teater yang disediakan. Terdapat juga restoran serta kedai-kedai kraftangan di sini. Kampung Budaya Sarawak juga boleh ditempah dan menjadi hos kepada majlis makan malam bertema, atau keraian (sila dapatkan informasi dari hotel penginapan anda) dan yang menariknya adalah majlis perkahwinan juga boleh diadakan di sini, dengan tema tradisional seperti Iban, Bidayuh, Melayu ataupun Orang Ulu!

http://www.sarawaktourism.com/bm/itinerary-detail/itin-detail?catid=2&itinid=27 
 

 
Peserta lawatan bergambar di pintu masuk Kampung Budaya

Selesai melawat kampung budaya selama setengah hari peserta dibawa pula melawat ke Taman Buaya Sarawak. Disini peserta boleh melihat sendiri keganasan sang buaya yang selalu diperkatakan .

 Disini saya sertakan serba sedikit latar belakang tentang Taman Buaya Sarawak

 Antara tempat menarik lain di Bandaraya Kuching yang wajib dilawati adalah Jong’s Crocodile Farm, atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz.
Ia terletak di sekitar daerah Padawan (sepanjang jalan Kuching-Serian) dan boleh dilawati dengan perjalanan kira kira 45 minit dari bandar Kuching. Memandangkan Sarawak memang begitu sinonim buaya maka lawatan ke Jong’ Crocodile Farm ini seolah olah menjadi kemestian kepada pelancong dari luar Sarawak.
Jong’s Crocodile Farm juga adalah kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia. Pada awal penubuhan taman buaya Jong ini pada tahun 1963, pembukaannya adalah untuk tujuan komersial iaitu untuk memperdagangkan kulit buaya, tetapi kemudiannya ditukar kepada mini zoo yang ada hingga sekarang. Ia diberi nama sempena pemilik dan pembuka taman ini sendiri iaitu Johnson John. Johnson John juga adalah penulis bersama buku ‘Man-eating Crocodiles of Borneo’ bersama James Ricthie. Harga masuk ialah RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak kanak di bawah 12 tahun.
Buaya buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Buaya yang masih kecil ditempatkan bersama di dalam sangkar yang lebih kecil. Begitu juga buaya yang masih diperingkat ‘remaja’. Manakala buaya dewasa dibiarkan hidup berkumpulan dalam kawasan yang lebih besar.
Walaupun dikenali sebagai taman buaya, Jong’s Crocodile Farm juga menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo. Waktu yang paling sesuai untuk melawat Jong’s Crocodile Farm ialah pukul 9 pagi dan juga 3 petang kerana waktu ini demonstrasi memberi makan kepada buaya akan diadakan.

http://kembarakuching.com/taman-buaya-jong/ 


Sekitar Taman Buaya
Pada petang 19hb itu peserta dibawa melawat sekitar bandar kuching  sebelum pulang ke asrama SKPK Kota Samarahan , banggunan di sekitar Kuching unik kerana rekabentuk banggunan disini banyak dipengaruhi oleh suku kaum di Sarawak itu sendiri.
Kenangan di sekitar Kuching
Selesai minum pagi pada 20hb peserta lawatan dibawa melawat sekitar Sekolah Pendidikan Khas Kota Samarahan . Jika mahu tahu lebih lanjut mengenai tentang SKPK Kota Samarahan boleh la ke Blog Rasmi mereka.
Taklimat serba sedikit mengenai SKPK Samarahan

Wakil dari SKPK Besut En Ayob  dan Guru Besar SK Panchor bertukar cenderahati dengan SKPK Kota Samarahan

Peserta sedang mendengar taklimat
 Selesai melawat seluruh SKPK Kota Samarahan program lawatan ini diteruskan dengan melawat Universiti Malaysia Sarawak.


Bergambar kenangan di UNIMAS

Murid menerima cenderahati dari Wakil UNIMAS

Taklimat untuk peserta lawatan di UNIMAS


Semua peserta berangkat pulang pada pagi 21hb membawa kenangan manis selama berada di Sarawak . Terima kasih kepada semua peserta yang memberi kerjasama dalam kejayaan lawatan ini.


Berangkat pulang di Lapangan Terbang Kuching




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...