web widgets

Monday, January 12, 2015

SKUAD CAKNA SKPK BESUT KE KELANTAN UNTUK MISI BANTUAN BANJIR

Sebaik mendapat maklumat salah seorang bekas pelajar terlibat dalam bencana banjir , atas dasar prihatin kami terhadap bekas pelajar kami iaitu Faizal yang tinggal di Gua Musang kutipan derma dilancarkan untuk membeli sedikit sebanyak keperluan harian dan makanan untuk Faizal dan keluarga dan juga penduduk sekitar yang terlibat dengan apa yang disifatkan seperti tsunami kecil.

Keadaan rumah Keluarga Faizal

Sampah tersangkut di pagar rumah

Bahagian belakang rumah yang berhampiran dengan sungai
 Keluarga Faizal mungkin bernasib baik berbanding penduduk kampung yang lain kerana masih lagi mempunyai struktur rumah , penduduk kampung yang lain ramai yang hanya tinggal sehelai sepinggang ibarat mempunyai tapak sahaja kerana keseluruhan rumah hanyut dibawa arus deras banjir , tetapi apa juga yang berlaku penduduk disitu harus bersyukur kerana walupun bencana banjir ini ibarat tsunami kecil ia tidak melibatkan kelihangan nyawa .

Guru dan staff SKPK Besut beegambar beersama keluarga Faizal
Ibarat tsunami kecil
Makcik ini kehilangan seluruh rumahnya
Keadaan rumah makcik tadi yang ranap sama sekali
 Dalam perjalanan pulang ke Besut kami mengagihkan bantuan makanan juga alat kebersihan. Ramai yang menanti bantuan di tepi-tepi jalan .

Pasca banjir di sebuah taman perumahan di Gua Musang

Sebuah rumah yang hancur 90% akibat banjir

Ramai yang menunggu bantuan

Ranap sama sekali

semasa mengagihkan bantuan
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...