web widgets

Wednesday, February 5, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ARMAN ISMAIL

Majlis Maulidur Rasul 2014 peringkat sekolah kami telah diadakan di perkarangan dewan pusat kegiatan guru zon raja . Majlis ini disekalikan dengan majlis perpisahan cikgu Arman Ismail . Bermula 2014 Cikgu Arman Ismail telah bertukar ke SK Kuala Besut .

 Sejarah Nabi Muhammad secara ringkas......
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Tema untuk sambutan Maulidur Rasul 2014 adalah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Majlis ini dimulakan dengan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , selawat ini alunkan bersama dengan tetamu yang dirai iaitu cikgu Arman bin Ismail , Seterusnya majlis berlansung di dewan PKG dengan pengisian doa , persembahan slide dan persembahan murid . Turut hadir wakil dari PPD Besut.

Cikgu Harun mengiring Cikgu Arman


Bersama-sama mengalunkan selawat keatas Nabi Muhammad



Guru Besar bersama tetamu 
Ucapan dari tuan Guru Besar YM Raja Hussin Bin Raja Puteh


Majlis diakhiri dengan jamuan di sekolah............

Tambah kapsyen



 

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

Majlis penyampaian bantuan persekolahan sebanyak RM100 telah diadakan secara bersama dengan Sekolah Kebangsaan Amer . Bantuan telah disampaikan oleh Adun Kota Putera Mohd Mahdi Bin Musa . Majlis ini diadakan pada 26 Januari 2014 bermula jam 2.30 petang . 

GAMBAR SEKITAR MAJLIS

Ibu bapa dan murid yang hadir

Guru pengiring yang turut serta dalam majlis



Guru Besar juga turut mengiringi Adun Kota Putera penyampaian wang bantuan persekolahan

Antara murid SKPK Besut yang menerima bantuan persekolahan
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...