web widgets

Wednesday, October 28, 2015

MINGGU KOKURIKULUM

MINGGU KOKURIKULUM
Sekolah Pendidikan Khas Besut
19-22/10/2015

Pada tanggal 19 hingga 22hb Oktober 2015, Pihak sekolah buat julung kali nya telah mengadakan minggu kokurikulum di sekolah. Pada minggu ini, pelbagai aktiviti diadakan antaranya, pertandingan memasak, acara balapan, perkhemahan pengakap, pertandingan memanah.

Monday, June 29, 2015

PROGRAM KEBERSIHAN GIGI BERSAMA KLINIK KESIHATAN KAMPUNG RAJA

Program ini bertujuan mengekalkan tahap kesihatan gigi murid supaya berada pada tahap optimum . Dalam masa yang sama jururawat yang hadir dapat memberi ceramah kesihatan tentang pentingnya menjaga kebersihan gigi . Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara agensi yang terlibat dengan pihak sekolah .

Jutaan ucapan terima kasih dari pihak kami kepada Klinik Kesihatan Kampung Raja , Besut , Terengganu .



Antara murid yang menerima rawatan

Pegawai kesihatan yang bertugas



Antara peralatan yang digunakan 

 

Jururawat memberi sedikit tunjuk ajar kepada murid tentang penjagaan gigi


 

PROGRAM BUMI HIJAU

Program bumi hijau ini mempunyai pelbagai faedah :-




Disekolah kami pula program ini telah dijalankan di kawasan belakang sekolah . Pelbagai sayur-sayuran telah ditanam seperti kangkong , kacang bendi , sawi , bayam ,terung juga ulam-ulaman. 



Tuesday, May 5, 2015

KURSUS KEPIMPINAN DAN LANTIKAN PENGAWAS 2015




Kursus kepimpinan dijalankan disekolah untuk memantapkan jati diri dan melihat semangat kepimpinan dalam murid




Tuesday, April 21, 2015

MSST 2015

Sekolah kami SKPK Besut sekali lagi dijemput untuk menyertai acara jemputan MSST 2015. Saingan kami adalah SKPK Kuala Terengganu . Kami menghantar 4 wakil lelaki dan wakil perempuan . Ketegori perempuan murid kami berjaya mendapat tempat ke tiga .

Cikgu Shamsudin sebagai guru pengiring

Beratur dikhemah urusetia sebelum ke



 

MESYUARAT PIBG KALI KE-7

Mesyuarat PIBG SKPK Besut kali ke tujuh telah berlangsung  pada 2 April 2015 bertempat di dewan asrama SKPK Besut. Tetamu yang hadir termasuk dari pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Besut , YDP PIBG juga ibubapa . Sebelum bermula nya mesyuarat ibubapa di beri taklimat berkenaan teknik mengaji Faqeh . Jadi disitu ibubapa boleh bertanya sedikit sebanyak berkenaan teknik Faqeh . Tayangan aktiviti tahunan juga telah dibuat untuk memberi pendedahan tentang aktiviti yang berjalan di SKPK Besut .

Ibu bapa yang hadir

ibubapa yang hadir

Guru Besar  Puan Rosita Awang memberi kan ucapan

Pelajar SKPK Besut memngaji dalam teknik faqeh

Encik Norrul Harmizi membacakan bacaan doa

Kehadiran yang memuaskan




 

Monday, March 23, 2015

PROGRAM NILAM


‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

 Bagi peringkat sekolah kami pula  untuk tahun 2015 ini telah dilancarkan pada 2 Mac 2015 . 
Program pelancaran NILAM ini diadakan di dataran sekolah kami . Dirasmikan oleh GPK 1 kami Cikgu Ayob Mat Amin. 

Penerangan dari cikgu Hanizan dan cikgu Marliati

cikgu Ayob menurunkan tandatangan perasmian program Nilam SKPK Besut

Penyampaian sijil

penyampaian sijil













  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...