web widgets

Thursday, February 28, 2013

MAJLIS MENYAMBUT STAFF BARU SKPK BESUT

Selamat datang kepada Encik Ali Bin Mohamed yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kuala Besut sebagai pembantu am pejabat yang hari ini mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut . Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan Guru Besar di susuli pula kata-kata aluan wakil dari Sekolah Menengah Kuala Besut. Majlis di teruskan dengan jamuan ringan .  Ucapan selamat bertugas di tempat baru untuk Encik Ali dari kami warga SKPK BESUT.

Majlis yang berlangsung di bilik mesyuarat SKPK BESUT

Saturday, February 16, 2013

GOTONG ROYONG PERDANA 2013

Hujan bukan penghalang bagi kami warga Skpk Besut untuk bersama semua penduduk besut untuk menjayakan program Besut Tide & Clean atau program gotong royong .Seawal jam 8 pagi kami telah berpecah ke beberapa bahagian dalam dan luar kawasan sekolah untuk sama-sama membersihkan kawasan sekolah . Program ini juga bertepatan dengan slogan Tahun Melawat Terengganu 2013.

  
Murid ,guru serta staff yang mengambil bahagian
YB Muhamad Pehimi bersama A Rahim Jusoh sebelum berlepas membuat tinjuan melalui udara

Tuesday, February 12, 2013

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS DAN SOLAT HAJAT LETAK KERJA UPSR 2013

Majlis pelantikan pengawas dan solat hajat letak kerja upsr 2013 telah diadakan di asrama SKPK Besut pada 7 februari 2013 yang lepas jam 11.30 pagi. Majlis dimulakan dgn ketibaan ibubapa disusuli pula dengan bacaan doa oleh cikgu Harun , seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari tuan guru besar YM Raja Hussin Bin Raja Puteh.

antara ibu-ibu yang hadir


ucapan dari guru besar

Penolong Kanan 1 mengiringi wakil dari PPD Besut

Selesai sahaja ucapan dari wakil PPD majlis diteruskan lagi dengan pertukaran "Blazer"kepada ketua pengawas dan penyampaian watikah perlantikan serta bacaan ikrar oleh ketua pengawas.

Ketua pengawas 2013 Mohamad Nizal Hairee b. Mohd Badrisah menerima Blazer baru dari guru besar


Antara pelajar yang menerima watikah perlantikan

Selepas dari itu majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas diikuti oleh semua pengawas.
Bacaan ikrar oleh para pelajar
IKRAR PENGAWAS
  1. Taat kepada perintah Allah
  2. Patuh kepada undang-undang sekolah
  3. Membina sahsiah diri yang cemerlang 
  4. Menghormati guru besar ,guru-guru , kakitangan , rakan sebaya dan pelawat
  5. Sentiasa Komited semasa menjalankan tugas 
  6. Sentiasa berdisiplin dan amanah dalam melaksanakan tugas
Selesai majlis tetamu di hidangkan jamuan makan sebelum masuk nya waktu solat Zohor , selesai solat Zohor semua jemaah solat mengadakan solat hajat untuk memohon kepada Allah agar keputusan UPSR 2013 ini menjadi yang terbaik .






Saturday, February 9, 2013

SENAMROBIK

Mulai tahun 2013 ini unit Ko Skpk Besut mengadakan senamrobik untuk pelajar ,guru serta turut terbabit staff sokongan juga . Senamrobik ini akan diadakan sepanjang tahun pada hari Rabu pertama setiap bulan .Disamping dapat menyihatkan badan program ini juga dapat mengerat kan hubungan silaturrahim antara semua warga Skpk Besut.


Tuesday, February 5, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Program Maulidur Rasul untuk tahun 2013 bertemakan "wasatiyyah tunggak perpaduan ummah" ini bermula jam 7.30 pagi. Semua murid termasuk guru dan staf sokongan di beri taklimat untuk kesinambungan program tahun lepas .Program jelajah masjid yang dicetuskan oleh tuan guru besar yang bermula tahun 2012 di sambung untuk tahun yang ke dua. Kali ini program jelajah masjid ini telah memilih masjid Kg Lampu, masjid Kg Raja, masjid Pengkalan Nyireh dan masjid Limbungan.

Banner di ikat kuat pada bas

Dua banner hasil buah fikiran guru-guru sempena Maulidur Rasul 2013





Objektif program jelajah masjid ini ialah untuk memberi penghayatan dan memberi lebih rasa kasih dan sayang kepada Rasulullah .

Masjid pertama program jelajah masjid  di Kg Lampu

Ruang sembahyang masjid Kg Limbongan

Bentuk kubah masjid Kg Raja

Mengikut cerita tuan guru besar Masjid Pengkalan Nyireh ini Adalah sumbangan seorang hamba Allah yang dermawan

Bergambar dikolam air sembahyang Masid Pengkalan Nyireh

Masjid yang baru siap dibina . Masjid Kg Limbongan


Ribuan terima kasih juga diberi kepada Puan Malisa (PK HEM) kerana menyediakan jamuan makan tengahari .


Akhirnya program sampai di penghujung . Bacaan selawat keatas nabi turut di alunkan. Hadiah disampaikan dan majlis ditutup dengan rasminya oleh tuan guru besar EN YM Raja Hussin Bin Raja Puteh.

Ucapan oleh guru besar

Bacaan selawat Keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...