web widgets

Tuesday, February 12, 2013

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS DAN SOLAT HAJAT LETAK KERJA UPSR 2013

Majlis pelantikan pengawas dan solat hajat letak kerja upsr 2013 telah diadakan di asrama SKPK Besut pada 7 februari 2013 yang lepas jam 11.30 pagi. Majlis dimulakan dgn ketibaan ibubapa disusuli pula dengan bacaan doa oleh cikgu Harun , seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari tuan guru besar YM Raja Hussin Bin Raja Puteh.

antara ibu-ibu yang hadir


ucapan dari guru besar

Penolong Kanan 1 mengiringi wakil dari PPD Besut

Selesai sahaja ucapan dari wakil PPD majlis diteruskan lagi dengan pertukaran "Blazer"kepada ketua pengawas dan penyampaian watikah perlantikan serta bacaan ikrar oleh ketua pengawas.

Ketua pengawas 2013 Mohamad Nizal Hairee b. Mohd Badrisah menerima Blazer baru dari guru besar


Antara pelajar yang menerima watikah perlantikan

Selepas dari itu majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas diikuti oleh semua pengawas.
Bacaan ikrar oleh para pelajar
IKRAR PENGAWAS
  1. Taat kepada perintah Allah
  2. Patuh kepada undang-undang sekolah
  3. Membina sahsiah diri yang cemerlang 
  4. Menghormati guru besar ,guru-guru , kakitangan , rakan sebaya dan pelawat
  5. Sentiasa Komited semasa menjalankan tugas 
  6. Sentiasa berdisiplin dan amanah dalam melaksanakan tugas
Selesai majlis tetamu di hidangkan jamuan makan sebelum masuk nya waktu solat Zohor , selesai solat Zohor semua jemaah solat mengadakan solat hajat untuk memohon kepada Allah agar keputusan UPSR 2013 ini menjadi yang terbaik .






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...