web widgets

Sunday, June 29, 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU..

 Majlis ini bermula jam 8 pagi serentak disemua sekolah , Guru pencetus kreativiti , penjana inovasi dipilih sebagai tema hari guru kebangsaan . Program ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku sebagai tanda cinta pada negara , seterusnya lagu negeri Terengganu .


Berkumpul di tapak perhimpunan

Untuk memberkati majlis cikgu Harun di tugaskan untuk membimbing warga SKPK Besut bersama untuk membaca doa .

Cikgu Ayob menyampaikan perutusan ketua pengarah pendidikan Malaysia



 Perutusan sambutan hari guru 2014 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1 sekolah kami Cikgu Ayob Mat Amin . 

Tuan guru besar sedang memberi ucapan


Seterusnya ucapan dari guru besar telah mengambil slot majlis hari guru 2014 . Ucapan yang penuh dengan nasihat dan pengalaman yang disampaikan memberi kesan kepada kami warga SKPK Besut. 

Lagu Guru Malaysia dinyanyikan oleh semua guru sebelum bacaan ikrar yang dipimpin oleh Cikgu Arman Daud.

Guru-guru sedang berikrar

Cikgu Arman sedang membaca ikrar


Setelah selesai semua murid dan guru serta staff melakukan senamrobik untuk meregangkan otot sebelum permainan phantom bermula.




Apabila selesai ketegori murid , ketegori guru dan staff  pula dilangsungkan , kemenangan perkara kedua kerana objektif utama adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara warga SKPK Besut ini sendiri .




Majlis disudahi dengan penyampaian hadiah . Hadiah disampaikan oleh guru besar sendiri.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...