web widgets

Sunday, November 24, 2013

PROGRAM SKPKHAS BESUT BERSAMA AHLI PERSATUAN PANDU PUTERI UMT

Pada 9hb November lepas asrama Skpk Besut telah dikunjungi oleh penuntut juga ahli persatuan Pandu Puteri Universiti Malaysia Terengganu . Mengikut surat yang diberikan kepada pihak sekolah pasukan pandu puteri ini ingin menjalankan program khidmat masyarakat seperti program gotong royong .

Sesi taklimat 

Suai kenal bersama murid

Program gotong-royong
 Disamping program gotong-royong ada juga program yang dirancang sendiri oleh pasukan pandu puteri ini . Ini juga dapat memberikan rasa seronok juga rasa lebih dihargai kepada murid .

Antara program yang dijalankan

Program ini berlanjutan hingga ke petang dimana program sukaneka diadakan di sekitar Dewan Pkg Raja. 

Sukaneka di luar dewan PKG

Program " Indoor games"

Sukaneka
 Penyampaian hadia juga cenderahati telah diadakan di akhir majlis , Terima kasih kepada pihak UMT yang perihatin kepada murid OKU ini. Harap kerjasama ini berkekalan hingga ke tahun-tahun mendatang


Cenderahati dari SKPK Besut kepada Persatuan Pandu Puteri UMT





Bergambar Kenangan 

MAJLIS AKHIR TAHUN KELAB KEBAJIKAN & MAJLIS PERPISAHAN PN ZALEHA ISA DAN EN KAMARUZZAMAN SAMAH

Majlis yang telah dirancang oleh AJK kelab kebajikan ini telah diadakan di sebuah hotel , Restoran berkonsepkan cina di Hotel Renaissance Kota Bharu , Kelantan. Tempat ini dipilih adalah untuk memberikan sedikit kelainan kepada ahli kelab merasai makanan hotel pula serta memberi kelainan kerana sebelum ini majlis banyak diadakan di dalam kawasan sekolah.

Hotel Renaissance Kota Bharu , Kelantan 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh En Norrul Harmizi untuk lebih memberkati majlis ini .

Bacaan doa disampaikan oleh EN Norrul Harmizi


Sebelum itu juga wakil pelajar telah dijemput untuk memberikan ucapan dalam bahasa isyarat .

Ucapan dari wakil pelajar
Selesai bacaan doa majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari orang yang dirai iaitu Pn Zaleha Isa dan juga En Kamaruzzaman Samah . Pelbagai pengalaman sepanjang mengajar di Skpk Besut ini telah dikongsikan bersama semasa majlis itu . Harap kedua-duanya dapat membawa pengalaman yang baik ni ke Sekolah baru.


Ucapan dari En Kamaruzzaman Samah



Ucapan dari Pn Zaleha Isa







Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian koir dari murid Skpk Besut . 


Seterusnya majlis mempersilakan Tuan guru besar Skpk Besut , YM Raja Hussin Bin Raja Puteh untuk memberikan sepatah dua kata . Tuan guru besar adalah penaung kelab kebajikan Skpk Besut .

Ucapan dari Guru Besar , YM Raja Hussin Bin Raja Puteh


Majlis diteruskan dengan jamuan makan tengahari juga diselang seli dengan sesi berkaraoke , juga tidak lupa cenderahati ingatan 2013 untuk ahli kelab kebajikan Skpk Besut.

En Ayob Pk 1 menjamu selera

Menjamu selera



Menjamu selera bersama murid

Sesi karaoke murid dan guru

Pn Zaleha Isa menerima cenderahati kenangan dari Skpk Besut yang disampaikan oleh Pn Malisa Hussin



En Kamaruzzaman Samah menerima cenderahati ,disampaikan oleh YM Raja Hussin bin Raja Puteh



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...