web widgets

Monday, April 22, 2013

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN DI MALAYSIA

 

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas


 

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

 

Pendidikan Masalah Pendengaran

  1954   Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang  
  1954   Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang  
  1963   Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
 
  1978   Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan
 
  1979   Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan  
  1985   Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal
 
  1987   Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam


Sumberhttp://www.moe.gov.my/bpkhas/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=112&Itemid=199&lang=bm
 

Wednesday, April 17, 2013

KEJOHANAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Kejohanan futsal pendidikan khas peringkat negeri Terengganu telah diadakan di Wakaf Mempelam , Kuala Terengganu bermula jam 9pagi dan tamat jam 2petang. Tahun ini pertandingan diadakan secara terbuka iaitu pasukan mengikut daerah dan bukan kategori sekolah rendah atau menengah , bagi kategori cacat pendengaran dua pasukan telah mengambil bahagian iaitu pasukan dari Besut dan juga dari Kuala Terengganu . Dua kali perlawanan dijalankan dan kedua-dua perlawanan itu dimenangi pasukan dari Kuala Terengganu . Bagi kategori masalah pembelajaran pasukan Besut menjadi naib johan apabila kalah kepada pasukan Kemaman dengan cara sepakan penalti apabila masa permainan berkeputusan dengan seri tiga sama . Hadiah dan pingat kepada semua peserta di sampaikan oleh ketua sektor bahagian pendidikan khas , JPNT En Hj Ngah bin Bidin.



Antara aksi futsal kategori masalah pembelajaran

Acara penyampaian hadiah
 

Monday, April 15, 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSST 2013

Kejohanan balapan dan padang 2013 telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar , Dungun bermula dari 10 hingga 13 April 2013. MSSD Besut sekali lagi telah meraih tempat pertama dalam senarai pungutan pingat Emas.
 Seramai lapan orang pelajar empat lelaki dan empat perempuan telah mengambil bahagian dalam acara jemputan pendidikan khas lari 100meter , seperti biasa Sekolah Pendidikan Khas Kuala Terengganu menjadi saingan tetap .
Beratur untuk proses pendaftaran


Keputusan untuk 100m perempuan tidak menyebelahi kami apabila wakil dari SKPK Besut hanya berupaya mendapat tempat ketiga .  
Wakil dari SKPK Besut berbaju Oren

Pemenang tempat ketiga

Tetapi kekecewaan acara perempuan tidak mematahkan semangat pelajar lelaki untuk melakar kejayaan mendapat pingat emas dan perak . Tahniah diucapkan kepada pemenang pingat emas Hairie dan Shahdan yang memenangi pingat perak.

Gaya wira SKPK Besut
Kalungan pingat Emas

 

Sunday, April 7, 2013

MAJLIS DAN RESEPSI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU

Majlis ini telah diadakan pada hari Selasa 2 April 2013 yang berlangsung di Stadium Tertutup , Kompleks Sukan  Gong Badak . Majlis ini telah disempurnakan Oleh Y.A.B Dato'Seri Haji AHmad Bin Said (Menteri Besar Terengganu .Seramai 5 orang cikgu telah menghadiri majlis tersebut .

Buku Program Majlis

  Antara yang guru yang hadir dari SKPK Besut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...