web widgets

Wednesday, April 17, 2013

KEJOHANAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Kejohanan futsal pendidikan khas peringkat negeri Terengganu telah diadakan di Wakaf Mempelam , Kuala Terengganu bermula jam 9pagi dan tamat jam 2petang. Tahun ini pertandingan diadakan secara terbuka iaitu pasukan mengikut daerah dan bukan kategori sekolah rendah atau menengah , bagi kategori cacat pendengaran dua pasukan telah mengambil bahagian iaitu pasukan dari Besut dan juga dari Kuala Terengganu . Dua kali perlawanan dijalankan dan kedua-dua perlawanan itu dimenangi pasukan dari Kuala Terengganu . Bagi kategori masalah pembelajaran pasukan Besut menjadi naib johan apabila kalah kepada pasukan Kemaman dengan cara sepakan penalti apabila masa permainan berkeputusan dengan seri tiga sama . Hadiah dan pingat kepada semua peserta di sampaikan oleh ketua sektor bahagian pendidikan khas , JPNT En Hj Ngah bin Bidin.



Antara aksi futsal kategori masalah pembelajaran

Acara penyampaian hadiah
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...