web widgets

Tuesday, March 11, 2014

SEMBAHYANG HAJAT LETAK KERJA UPSR 2014

Sembahyang hajat letak kerja 2014 telah diadakan pada 27 februari yang lalu . Solat hajat itu telah diadakan di Asrama sekolah kami . Semua murid juga guru serta staff mengambil bahagian . Ibubapa juga terlibat sama dalam program ini.

Antara jemaah perempuan  
Program dimulakan dengan solat zuhor , dengan di imamkan oleh cikgu Harun seterusnya Solat hajat dan bacaan doa juga di imamkan oleh cikgu Harun . Selepas selesai solat hajat dan doa guru besar juga memberi sedikit ucapan . Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar.

Guru Besar memberikan sedikit ucapan
 

MSSD BESUT 2014

Seramai 16 orang murid dari sekolah kami telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah Besut .

Antara murid yang terlibat

Memandangkan jumlah murid yang tidak ramai , jadi acara 100m untuk sekolah kami telah diadakan secara campuran antara murid lelaki dan perempuan . Terima kasih untuk semua yang terlibat .

Murid diberi sedikit taklimat dari En Norul Harmizi

Murid bersedia di garisan
 

Sunday, March 2, 2014

RUN FOR FUN .......

Program Run For Fun sekali lagi telah diadakan di Pantai Bukit Keluang , Besut , cuma tahun ini acara diubah sedikit berbanding tahun lalu kerana bilangan murid yang tidak ramai berbanding tahun lepas . Walau murid tidak ramai acara ini diteruskan kan juga dengan program aturcara yang disusun dengan kesesuaian keperluan murid tahun 2014 ini.


Guru besar bersama murid dan guru senamrobik bersama

Senamrobik pagi itu di pimpin oleh cikgu Shamsudin

Guru dan staf bersama bersenamrobik
Senamrobik dimulakan untuk memanaskan badan sebelum acara larian dimulakan ... tahun ini tiada pertandingan diadakan cuma berlari bersama murid ,guru dan staff untuk permulaan sebelum acara sukaneka pantai dijalankan.





Selesai berlari acara sukaneka diadakan dipantai pelbagai acara diadakan , antaranya makan biskut yang digantung , mencari gula-gula dalam pasir dan membina istana pasir. 

Cikgu Shamsudin melayan salah seorang murid

Acara membawa gelung juga menguji kesabaran guru

Acara membawa dan membaling bola dalam gelung
Gelagat yang jarang-jarang kita lihat

Makan biskut yang tergantung

Mungkinkah ini pemenang untuk acara ini

Perbincangan sebelum istana dibangunkan

Murid dan guru bertungkus lumus menyediakan istana pasir

Eksoseri ditambah untuk memcantikan lagi istana pasir

Cikgu Arman juga sibuk untuk menyediakan istana pasir bersama murid

Majlis diakhiri dengan jamuan ayam bakar yang disediakan oleh guru dan staff . Terima kasih kepada yang menyediakan makanan . Terima kasih kepada yang terlibat .....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...