web widgets

Sunday, May 19, 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Sambutan Hari Guru 2013 peringkat sekolah kami telah berlangsung pada 16 Mei 2013 . Pelbagai acara yang dijalankan untuk guru , murid mahupun staff turut terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Guru 2013 ini.

Pengacara Majlis dan Bacaan Doa

Tepat jam 7.45 pagi semua murid , guru dan staff berhimpun , seterusnya jam 8 pagi majlis Cik Rosmawati yang dilantik sebagai pengacara majlis .,untuk lebih memberkati majlis doa dipohon kepada Illahi yang dibacakan oleh Encik Harun .






Lagu Negaraku dinyanyikan untuk memberi rasa hormat pada Negara kita Malaysia seterusnya lagu Negeri Terengganu turut dinyanyikan . Bacaan perutusan hari guru 2013 telah dipertanggungjawabkan kepada Encik Ayob selaku GPK 1. Guru Besar turut memberi ucapan semangat kepada semua guru murid dan staff SKPK Besut.

Setelah selesai segala ucapan tibalah masanya untuk mendengar guru-guru SKPK Besut menyanyikan lagu Guru Malaysia




Guru-guru SKPK Besut juga telah berikrar dengan diketuai bacaan oleh Cikgu Arman Daud





Jam 9 pagi semua warga SKPK Besut dijemput menyertai sukaneka walaupun bulan ini dipenuhi dengan aktiviti sukan peringkat daerah yang baru sahaja tamat pada 15 Mei . Walaupun letih aktiviti sukaneka ini tetap dijalankan dengan bersemangat . Majlis juga dihadiri oleg wakil dari PPD Besut Bahagian Pendidikan Khas .


Antara gelagat para peserta sukaneka


Mungkinkah papan dam haji ini antara yang terbesar di dunia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...