web widgets

Sunday, March 24, 2013

BERITA : MAIDAM KELUAR GLOSARI ISLAM KHAS UNTUK ORANG PEKAK

 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan mengeluarkan sebuah buku berbentuk Glosari Islam khusus untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) terutama bagi orang pekak.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Maidam Datuk Mohd Rozali Saleh berkata Glosari Islam itu penting bagi orang pekak mempelajari, mendalami dan mengetahui makna perkataan tertentu dalam ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Beliau berkata Glosari Islam itu diterbitkan kerana Maidam berpendapat selama ini golongan OKU agak terlepas pandang dan sukar mendapatkan bantuan untuk mereka mendalami agama Islam.

"Selain itu kita juga tidak mempunyai kebolehan untuk menerangkan kepada mereka melalui bahasa isyarat kerana tidak ramai ustaz yang mengetahui bahasa (isyarat) itu," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Ibadah OKU di Kuala Terengganu, semalam.

Mohd Rozali berkata ketika ini, Maidam sedang merangka ke arah pengeluaran Glosari itu dengan mendapatkan kerjasama beberapa pihak seperti Persatuan Orang Cacat Terengganu, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi berkaitan.

Katanya Maidam juga akan mendapatkan pandangan beberapa golongan selain membuat lawatan sama ada di dalam ataupun luar negara seperti Mesir dan Arab Saudi dalam usaha mandapatkan maklumat lebih terperinci bagi pengeluaran Glosari berkenaan.

"Kami tidak dapat menjangka bilakah Glosari itu dapat dikeluarkan kerana sekarang kami bergerak ke arah pengeluarannya. Namun jika semuanya berjalan lancar, mungkin tahun depan ia sudah boleh diterbitkan," katanya.

Mohd Rozali berkata sebelum ini sudah banyak Glosari biasa dikeluarkan, namun dalam bentuk agama Islam masih belum ada.

"Kini hanya Masjid Al-Abarar di Bukit Tok Beng Seberang Takir yang ada terjemahan bahasa isyarat ketika khatib membaca khutbah Jumaat... jadi dengan penerbitan Glosari itu diharap ramai lagi tenaga pengajar di Maidam mampu berbahasa isyarat untuk mengajar OKU," katanya.

http://teganuku.blogspot.com/2013/03/maidam-keluar-glosari-islam-khas-untuk.html

Friday, March 22, 2013

SELAMAT BERCUTI.....



Cuti pertengahan penggal dari 22 hingga 30 Mac 2013 sudah bermula . Harap semua murid khasnya murid SKPK Besut sendiri dapat mengisi masa cuti ini dengan benda-benda yang berfaedah , lebih-lebih lagi kepada calon UPSR 2013. Tidak lupa juga kepada guru yang bercuti . Semoga kita berjumpa lagi apabila sekolah dibuka pada 31 Mac 2013 .

Monday, March 18, 2013

MSSDB 2013

MSSDB 2013 yang bermula pada 17 Mac 2013 sehingga 21 Mac 2013 berlangsung di Trek Olahraga Sekolah Menengah Nasiruddin Shah . Walaupun kontijen kami tidaklah ramai seperti sekolah arus perdana , tetapi kami tetap menghantar wakil untuk acara 100 meter lelaki dan perempuan , 200 meter lelaki dan perempuan juga tidak ketinggalan lompat jauh lelaki dan perempuan . Kami juga mampu untuk memberi saingan kepada sekolah lain . Harap kejayaan berada di SKPK Besut.

Banner kejohanan


Cikgu Shamsudin memberi tunjuk ajar kepada peserta perempuan SKPK Besut

Aksi sebelum bermula 100 meter


Lorong ke 6 , peserta dari SKPK Besut



PROGRAM PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN 2013

Program pendidikan keibubapaan ibu bapa / penjaga pendidikan khas peringkat negeri Terengganu telah diadakan di Wisma Darul Iman , Kuala Terengganu pada Sabtu 16 Mac 2013. Program ini juga telah dihadiri oleh En Bong Muk Shin iaitu Pengarah Bahagian Pendidikan Khas , Kementerian Pendidikan Malaysia juga pegawai-pegawai yang terlibat dengan pendidikan khas di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Diharap program ini dapat memberi lebih pengehtahuan tentang murid OKU kepada para warga pendidik serta ibu bapa.

Paparan skrin besar

Encik Bong Muk Shin bersama pegawai JPNT

Encik Ayob (Guru Penolong Kanan 1) bersama staff SKPK Besut

Antara guru yang hadir

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ARIFFIN DAN CIK HASLINA

Kelab kebajikan SKPK Besut telah mengadakan majlis perpisahan untuk Cikgu Ariffin yang telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sultan Omar ,Dungun dan Cik Haslina yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Saujana , Setiu. Majlis diserikan dengan persembahan silat dan persembahan tarian . Kami di SKPK Besut mendoakan kejayaan untuk kedua-dua bekas guru itu.

Banner majlis





Persembahan silat



Persembahan tarian



Cikgu Ariffin dan cikgu Haslina bersama pengiring Encik Abdul Wahid dan Puan Nurulfatihah



Yang dirai Cikgu Ariffin



Yang dirai Cik Haslina

Sunday, March 10, 2013

PROGRAM " RUN FOR FUN "


Program "Run For Fun" yang telah dijalankan sepatutnya berjalan pada 28 Februari 2013 terpaksa ditunda kepada 7 Mac 2013 atas faktor cuaca. Tahun ini Larian Sihat telah digantikan dengan program Run For Fun yang diadakan di Pantai Bukit Kluang . Kelainan yang dibawa oleh cikgu Shamsudin pada kali tahun 2013 mungin memberi pengalaman baru bagi murid , mana tidaknya murid terpaksa menempuhi ombak , menunggang basikal serta terpaksa juga menjawab soalan di checkpoint yang disediakan.
  
Aksi pemanas badan
Walaupun hujan turun membasahi bumi besut program ini tetap dijalankan . Alhamdulillah cuaca beransur baik ketika program sedang berjalan. Bermula dengan senaman pemanas badan yang diketuai oleh cikgu
Arman Ismail , murid dilepaskan mengikut tahap 1 dan 2 .Acara ini dilepaskan oleh tuan guru besar YM Raja Hussin bin Raja Puteh.

Aksi murid berlari 




Aksi berbasikal dan larian
Terima kasih juga kepada AJK bahagian dapur yang menyediakan hidangan yang lazat untuk semua yang terlibat.
Aksi si tukang masak terbaik SKPK Besut
Lebih kurang jam 10.45 pagi semua warga Skpk Besut berkumpul untuk memberi penghormatan kepada pemenang .Hadiah disampaikan oleh tuan guru besar kami sendiri.

Barisan pentadbir dan pemenang yang menerima medal

Akhirnya program tamat lebih kurang jam 11.15 pagi , tetapi sebelum kami berkemas untuk pulang sempat juga semua warga SKPK Besut bergambar bersama-sama . Harap semua dapat menimba pengalaman baru dari program ini . Terima kasih untuk semua yang terlibat.

Bergambar kenangan sebelum pulang ke sekolah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...