web widgets

Sunday, September 15, 2013

UPSR 2013

10 September 2013 bermulalah perjuangan 14 orang murid yang mengambil ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) . DI harap keputusan yang akan diperolehi adalah yang terbaik. Guru-guru SKPK Besut semua mendoakan yang terbaik unutk calon UPSR 2013 .





MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT UPSR 2013

Majlis sembahyang hajat untuk menghadapi UPSR 2013 telah diadakan di asrama SKPK Besut pada 8 september 2013. Majlis telah menjemput semua ibubapa murid yang akan mengambil UPSR 2013.

Cikgu Ayob sedang memberi ucapan
Majlis dimulakan dengan ucapan dari PK 1 EN Ayob bin Mat Amin , dalam ucapan beliau banyak mennyentuh mengenai peranan ibubapa menyediakan pelajar untuk menghadapi UPSR .

Cikgu Raja Hussin sedang memberi ucapan
Seterusnya guru besar YM Raja Hussin Bin Raja Puteh memberi ucapan , dalam ucapan beliau banyak menyentuh berkenaan masa hadapan anak-anak muridnya selepas UPSR ini.

Jamaah bersedia sebelum menunaikan solat





Selesai guru besar memberi amanat terakhir untuk ibubapa , semua hadirin sembahyang maghrib berjamaah , membaca yassin dan solat hajat memohon kejayaan dari ALLAH. Solat Maghrib , Solat Isyak dan solat hajat di imamkan oleh Ustaza Yusuf . Diakhir majlis semua dijemput untuk menikmati makan malam yang disediakan .



MAJLIS TILAWAH QURAN (MTQ) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Majlis Tilawah Quran (MTQ) peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Sekolah Menengah Pulau Serai , Dungun pada 7 September 2013. Seramai 3 orang murid dipilih untuk mewakili SKPK Besut untuk tahun 2013 ini. Mereka ialah Mohd Hakim , Nor Bayani dan Nurul Najihah .

Cikgu Pengiring En Kamaruzzaman , Ustazah Zamzarina dan Cik Fatimah
Dua pertandingan disertai wakil dari SKPK Besut pertama pertandingan tulisan khat kedua pertandingan bercerita . 

Hasil kerja keras guru-guru melatih murid membuahkan hasil apabila tiga wakil dari SKPK Besut berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan bercerita dan penulisan Khat .

 Nurul Najihah menerima hadiah

Mohd Hakim menerima hadiah

Nor Bayani menerima hadiah

Semoga tahun hadapan SKPK Besut akan lebih cemerlang  . Terima kasih kepada semua yang terlibat .




Sunday, September 8, 2013

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SKPK BESUT

Majlis sambutan aidilfitri 2013 telah diadakan pada 29 ogos bersamaan dengan 22 syawal . Tahun 2013 ini mungkin berlainan sambutannya berbanding tahun-tahun yang lepas , dimana pada tahun-tahun yang lepas persiapan makanan biasanya ditempah atau dibawa sendiri berbeza pada tahun ini warga skpk besut bertungkus lumus menyiapkan hidangan ketupat dan lemang . Bermula dari mencari buluh , memerah santan sehingga ke membakar semuanya dillakukan sendiri oleh kami. Begitu juga dengan proses membuat ketupat , rupanya kaum hawa ada juga yang tidak mahir mengayam ketupat . Mujur juga ramai yang boleh memberi tunjuk ajar.

Bersama menyiapkan ketupat


Kelas mengayam ketupat

Cikgu Ayob menunjukan bakat terpendam
Walaupun panas membara tapi kerana lemang tetap ku gagahi
Pagi lagi semua warga SKPK Besut hadir dengan pakaian yang berwarna-warni , masing-masing sibuk dengan persiapan tempat untuk memeriahkan suasana hari raya . Para pelajar juga tidak ketinggalan mengenakan busana yang cantik . Majlis dipengerusikan oleh cikgu Siti Khadijah bermula jam 10 pagi.

cikgu Siti Khadijah selaku pengerusi majlis




Untuk memberkati majlis bacaan doa disampaikan oleh En Norrul Harmizi , seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari guru besar kami . Ucapan yang penuh nasihat yang berguna tentang hikmah bersedekah memberi kami tauladan bagaimana untuk menggandakan saham di akhirat kelak . Terima Kasih dari kami warga SKPK Besut kepada Guru Besar atas ucapan itu .

En Norrul Harmizi membaca doa
Ucapan dari Guru Besar
Selesai ucapan dari guru besar acara diteruskan dengan jamuan . Pelbagai hidangan disediakan . Hidangan paling istemewa mungkin lemang dan ketupat yang dihasilkan sendiri oleh warga skpk besut , disamping itu pelbagai kuih raya juga satay dan nasi beriani juga disediakan .

Antara tetamu yang hadir


Menariknya tahun ini hamper juga disediakan , tetapi untuk memenangi hamper itu warga SKPK perlu menyanyikan lagu hari raya secara duet . Rupanya ramai juga yang mempunyai bakat terpendam . 

bukan setakat menyanyi menari pun boleh



Cikgu Shamsudin bersama Cikgu Malisa



Pasangan duet guru besar cik Marliati


Cikgu Fatimah juga berpeluang menunjukan kemahiran berbahasa isyarat  
Bakat terpendam yang berjaya dicungkil

 Untuk murid duit raya juga diberikan , mungkin dengan cara ini dapat memberikan sedikit kegembiraan untuk mereka insan istimewa didunia ini. Harap tahun depan kita dapat berkumpul bersama sekali lagi untuk majlis hari raya SKPK Besut.

Guru dan staff menyampaikan duit raya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...