Majlis sambutan aidilfitri 2013 telah diadakan pada 29 ogos bersamaan dengan 22 syawal . Tahun 2013 ini mungkin berlainan sambutannya berbanding tahun-tahun yang lepas , dimana pada tahun-tahun yang lepas persiapan makanan biasanya ditempah atau dibawa sendiri berbeza pada tahun ini warga skpk besut bertungkus lumus menyiapkan hidangan ketupat dan lemang . Bermula dari mencari buluh , memerah santan sehingga ke membakar semuanya dillakukan sendiri oleh kami. Begitu juga dengan proses membuat ketupat , rupanya kaum hawa ada juga yang tidak mahir mengayam ketupat . Mujur juga ramai yang boleh memberi tunjuk ajar.
 |
Bersama menyiapkan ketupat |
 |
Kelas mengayam ketupat |
|
|
 |
Cikgu Ayob menunjukan bakat terpendam |
 |
Walaupun panas membara tapi kerana lemang tetap ku gagahi |
|
Pagi lagi semua warga SKPK Besut hadir dengan pakaian yang berwarna-warni , masing-masing sibuk dengan persiapan tempat untuk memeriahkan suasana hari raya . Para pelajar juga tidak ketinggalan mengenakan busana yang cantik . Majlis dipengerusikan oleh cikgu Siti Khadijah bermula jam 10 pagi.
 |
cikgu Siti Khadijah selaku pengerusi majlis |
|
Untuk memberkati majlis bacaan doa disampaikan oleh En Norrul Harmizi , seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari guru besar kami . Ucapan yang penuh nasihat yang berguna tentang hikmah bersedekah memberi kami tauladan bagaimana untuk menggandakan saham di akhirat kelak . Terima Kasih dari kami warga SKPK Besut kepada Guru Besar atas ucapan itu .
 |
En Norrul Harmizi membaca doa |
 |
Ucapan dari Guru Besar |
Selesai ucapan dari guru besar acara diteruskan dengan jamuan . Pelbagai hidangan disediakan . Hidangan paling istemewa mungkin lemang dan ketupat yang dihasilkan sendiri oleh warga skpk besut , disamping itu pelbagai kuih raya juga satay dan nasi beriani juga disediakan .
 |
Antara tetamu yang hadir |
Menariknya tahun ini hamper juga disediakan , tetapi untuk memenangi hamper itu warga SKPK perlu menyanyikan lagu hari raya secara duet . Rupanya ramai juga yang mempunyai bakat terpendam .
 |
bukan setakat menyanyi menari pun boleh |
 |
Cikgu Shamsudin bersama Cikgu Malisa |
 |
Pasangan duet guru besar cik Marliati |
 |
Cikgu Fatimah juga berpeluang menunjukan kemahiran berbahasa isyarat | | |
 |
Bakat terpendam yang berjaya dicungkil |
Untuk murid duit raya juga diberikan , mungkin dengan cara ini dapat memberikan sedikit kegembiraan untuk mereka insan istimewa didunia ini. Harap tahun depan kita dapat berkumpul bersama sekali lagi untuk majlis hari raya SKPK Besut.
 |
Guru dan staff menyampaikan duit raya |
No comments:
Post a Comment