web widgets

Wednesday, July 9, 2014

MAJLIS GILANG GEMILANG PERSARAAN GURU BESAR YM RAJA HUSSIN BIN RAJA PUTEH.



19 Jun 2014 yang lalu adalah tarikh yang akan dikenang sepanjang hidup oleh bekas guru besar YM Raja Hussin Bin Raja Puteh kerana pada tarikh itu umur beliau telah mencecah 60 tahun yang mewajibkan beliau untuk bersara . Majlis ini sebenarnya telah disusun oleh warga SKPK Besut dengan pelbagai kejutan untuk beliau . Kejutan ini bukan setakat di SKPK Besut tapi juga membawa ke rumah beliau , terima kasih kepada isteri beliau yang sungguh "sporting" untuk memberi kejutan kepada beliau.



Sepanjang beliau berkhidmat di SKPK Besut pelbagai ilmu beliau curahkan kepada kami warga SKPK Besut . Beliau adalah seorang yang boleh berjenaka dan bergurau tetapi ada tegasnya , seorang yang menepati masa dan pelbagai lagi sikap yang boleh dibuat contoh .


SKPK Besut juga berada di tahap paling gemilang baik dibidang kurikulum dan ko-kurikulum ini juga atas nasihat dan tunjuk ajar dari beliau . 






Majlis ini sebenarnya bermula dari awal pagi lagi , En Rahim Bin Ngah telah ditugaskan untuk membawa beliau ke sekolah menggunakan kenderaan sekolah ,sebagai memberi penghormatan untuk hari terakhir beliau bertugas di SKPK Besut . 

Setibanya diSKPK Besut beliau dikhendaki menyarung baju melayu songket ibarat seorang pahlawan melayu , di iringi oleh cikgu Harun beliau dibawa turun dari bilik beliau ke dataran SKPK Besut . Persembahan silat dipersembahkan kepada beliau dan tetamu yang hadir . Persembahan silat ini di pimpin seorang bekas guru SKPK Besut iaitu cikgu Arman dan dijayakan oleh bekas murid SKPK Besut juga . Antara tetamu yang hadir ialah wakil dari BPK , wakil dari JPN , guru-guru besar juga kawan-kawan lama beliau.




Selesai persembahan silat dari bekas murid beliau diringi ke tempat duduk didepan pentas , kerana banyak pengisian seperti ucapan dari wakil PIBG , PK 1 cikgu Ayob Mat Amin juga persembahan murid dan persembahan warga kerja SKPK Besut itu sendiri.

YM Raja Hussin diiringi ke tempat duduk

Antara tetamu rakan dan wakil jabatan

Bergambar bersama guru besar SKPK Kuala Terengganu

Bacaan doa dari saudara Norrul Harmizi

Pengerusi majlis dan ucapan dari wakil pelajar

Persembahan tarian dari murid SKPK Besut

Ucapan dari PK1 Cikgu Ayob Mat Amin




Ucapan dari wakil PIBG



Persembahan lakonan dan tarian dari murid SKPK Besut



Ucapan dari orang yang dirai YM Raja Hussin Bin Raja Puteh
Persembahan dari guru dan staff SKPK Besut



Hadiah dari ibu murid

Hadiah dari bapa murid

Cikgu Din menyampaikan hadiah mewakili warga SKPK Besut

Pengerusi kelab kebajikan SKPK Besut PN Zulina menyampaikan hadiah

Cikgu Ayob menyampaikan hadiah peribadi

Antara murid yang menyampaikan hadiah

YM Raja Hussin bin Raja Puteh tandatangan keluar untuk kali yang terakhir

Diarak untuk diberi kejutan dirumah beliau pula.


Video sepanjang perjalanan perkhidmatan beliau juga telah ditayangkan , didalam video itu juga diselitkan temuramah tentang beliau dari kawan-kawan dan anak-anak didik mereka.



KEJUTAN DI RUMAH BELIAU

Dirumah beliau isteri beliau telah siap mengenakan busana pengantin serba kuning sepadan dengan beliau tanpa pengehtahuan beliau . Perancangan ini disusun rapi kerana beliau pernah berkata beliau tidak pernah bersanding ..... Apa pun kami warga SKPK Besut mengucapkan Selamat Bersara .......... Jasamu akan dikenang setiap masa...... 



Bergambar kenangan bersama ibu beliau


Kenangan bersama di rumah beliau



Bergambar dengan staff sokongan

Antara disebalik tabir 'KEJUTAN DI RUMAH BELIAU'

Jumuan ringan di rumah beliau

mengimbau kenangan dulu

Sama padan




Pesanan terakhir




sama cantik


Kejutan belum bermula

Tambah kapsyen















 




 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...