web widgets

Sunday, March 2, 2014

RUN FOR FUN .......

Program Run For Fun sekali lagi telah diadakan di Pantai Bukit Keluang , Besut , cuma tahun ini acara diubah sedikit berbanding tahun lalu kerana bilangan murid yang tidak ramai berbanding tahun lepas . Walau murid tidak ramai acara ini diteruskan kan juga dengan program aturcara yang disusun dengan kesesuaian keperluan murid tahun 2014 ini.


Guru besar bersama murid dan guru senamrobik bersama

Senamrobik pagi itu di pimpin oleh cikgu Shamsudin

Guru dan staf bersama bersenamrobik
Senamrobik dimulakan untuk memanaskan badan sebelum acara larian dimulakan ... tahun ini tiada pertandingan diadakan cuma berlari bersama murid ,guru dan staff untuk permulaan sebelum acara sukaneka pantai dijalankan.





Selesai berlari acara sukaneka diadakan dipantai pelbagai acara diadakan , antaranya makan biskut yang digantung , mencari gula-gula dalam pasir dan membina istana pasir. 

Cikgu Shamsudin melayan salah seorang murid

Acara membawa gelung juga menguji kesabaran guru

Acara membawa dan membaling bola dalam gelung
Gelagat yang jarang-jarang kita lihat

Makan biskut yang tergantung

Mungkinkah ini pemenang untuk acara ini

Perbincangan sebelum istana dibangunkan

Murid dan guru bertungkus lumus menyediakan istana pasir

Eksoseri ditambah untuk memcantikan lagi istana pasir

Cikgu Arman juga sibuk untuk menyediakan istana pasir bersama murid

Majlis diakhiri dengan jamuan ayam bakar yang disediakan oleh guru dan staff . Terima kasih kepada yang menyediakan makanan . Terima kasih kepada yang terlibat .....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...