web widgets

Thursday, July 11, 2013

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFOM PERINGKAT ZON TIMUR

Program perkhemahan unit berunifom peringkat zon timur yang telah diadakan di Peladang Agro Resort , Setiu Terengganu pada 19 hingga 21 Jun 2013. Program ini telah disertai oleh murid dan guru-guru dari Sekolah Pendidikan Khas zon timur. Sekolah yang mengambil bahagian dalam perkhemahan ini ialah Sekolah Pendidikan Khas Kelantan , Sekolah Pendidikan Khas Besut , Sekolah Pendidikan Kuala Terengganu juga Sekolah Pendidikan Khas Kuantan.
   Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi diri di luar bilik darjah disamping itu juga para guru dapat memupuk semangat sifat kerjasama , tolong menolong ,toleransi dan berusaha memperoleh kejayaan dalam diri murid itu sendiri.
   Bukan setakat berkhemah aktiviti ini juga diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental murid.Aktiviti lasak ini juga dapat membina tahap keyakinan diri murid untuk menjadi lebih cemerlang .
Rasa terasing dan rendah diri murid juga akan terhakis apabila murid dapat berkumpul bersama rakan-rakan dari sekolah yang lain .

Cikgu Shamsudin memberi taklimat juga alatan
    
Murid bersama guru sama-sama memasang khemah
Hari pertama murid diajar cara memasang khemah , bukan setakat memasang khemah mereka juga diajar untuk mencantikkan kawasan perkhemahan mereka , cara ikatan untuk membuat pagar , membuat pintu gerbang serta menghias serba sedikit kawasan perkhemahan mereka.

Guru dan murid menghias kawasan perkhemahan
20hb program perkhemahan ini diteruskan dengan pelbagai aktiviti .Aktiviti-aktiviti termasuk pertandingan kawad kaki dan memasak serta aktivti sukan lasak seperti berkayak dan flying fox serta acara sukaneka di sebelah petang sebelum malam diteruskan dengan pertandingan persembahan murid.

Pertandingan memasak
Flying fox

Taklimat diberikan oleh jurulatih kayak

Waktu petang pula aktiviti diteruskan pula dengan acara sukaneka . Pelbagai acara di jalankan termasuk bowling kelapa untuk guru dan murid . Semasa acara ini berlangsung dapat dilihat murid dan guru bersuka ria sambil bersukan . Pelbagai telatah dapat dilihat semasa acara ini berlangsung.


Walaupun sebelah malamnya hujan turun dengan lebat namun itu bukan alasan untuk tidak meneruskan aktivti yang dijadualkan . Sebelah malam aktiviti persembahan murid pula mengambil tempat . Pelbagai bakat yang ditonjolkan oleh murid dan guru sebagai jurulatih persembahan , ada yang menari , bernasyid tidak kurang juga yang berlakon.

 persembahan dari SKPK BESUT

persembahan dari SKPK Kuantan


persembahan dari SKPK Kuala Terengganu
                                                                            
persembahan dari SKPK Kelantan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...