web widgets

Tuesday, May 6, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SKPK BESUT 2014

Banner

 Mesyuarat agung PIBG 2014 SKPK Besut telah diadakan di Dewan Pusat Kegiatan Guru Raja bermula jam 2.30 petang pada 19 April 2014. Mesyuarat ini telah menjemput Tuan Haji Sukiman Bin Daud sebagai wakil dari Bahagian Pendidikan Khas . Beliau juga adalah bapa angkat kepada SKPK Besut , turut hadir En Mat Ali wakil dari PPD Besut, Tuan guru besar YM Raja Hussin bin Raja Puteh , guru-guru , staff juga ibubapa . 

Bahagian pendaftaran


Dari kiri En Mat Ali (wakil PPD) , Tuan Haji Sukiman ( wakil BPK) , Guru besar YM Raja Hussin
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku seterusnya bacaan doa untuk lebih memberkati majlis ini , majlis juga diteruskan dengan persembahan murid mengaji dengan menggunakan bahasa isyarat .

Persembahan mengaji
 Selepas itu ucapan dari tuan guru besar , juga persembahan nasyid dari murid dengan bimbingan guru .

Ucapan dari tuan guru besar

persembahan nasyid

Seterusnya ucapan dari wakil PPD seterusnya ucapan dari wakil BP Khas. Majlis diteruskan dengan mesyuarat PIBG 2014. Mesyuarat di akhiri dengan jamuan ringan . Terima kasih dari kami pihak sekolah kepada semua ibubapa yang sanggup untuk hadir mesyuarat agung PIBG 2014 ini. Semoga kerjasama yang terjalin antara pihak sekolah dan ibubapa dapat memberi kesan terhadap murid istimewa ini.

ucapan dari EN Mat Ali (wakil PPD)

Ucapan dari Haji Sukiman (Wakil BP Khas)

Antara ibubapa yang hadir
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...