web widgets

Wednesday, November 20, 2013

SAMBUTAN JUBLI PERAK (25 TAHUN ) SKPK BESUT

Sambutan gilang gemilang sempena majlis jubli perak 25 tahun SKPK Besut telah diadakan pada 26hb oktober 2013 . Walaupun diadakan pada 26hb secara rasminya tetapi atas inisiatif guru dan staff telah menjemput bekas pelajar untuk bermalam di asrama SKPK Besut , ini mungkin dapat mengimbau kembali kenangan ketika mereka menjadi penghuni asrama . Selepas solat Maghrib juga diadakan majlis arwah untuk bekas guru dan bekas staff yang telah meninggal dunia . Pada malam itu juga sedikit ceramah motivasi telah diberikan oleh guru Cik Fatimah . Ini dapat memeberikan sedikit semangat  berjaya dalam hidup bagi bekas murid dan khasnya bagi murid cacat pendengaran itu sendiri.


Cikgu Fatimah sedang memberi ceramah motivasi
Ustaz Sukiman dan guru besar 


Bekas murid dan murid SKPK Besut























Jika ditanya soal makanan pula , pada sebelah malam jemputan dihidangkan dengan nasi goreng dan ayam bakar yang dibakar sendiri oleh guru dan staff , tetapi untuk keseluruhan majlis juga kesemua makanan disediakan oleh kami sendiri , bermula dari proses menyembelih , melapah , menyediakan rempah ,nasi  seterusnya memasak hidangan gulai kawah itu sendiri . Disini semuanya memerlukan semangat kerjasama yang tinggi untuk menjayakan majlis yang gilang gemilang ini.





Walaupun penat tetapi berbaloi dengan kualiti makanan yang disediakan . Harap semua berpuas hati dengan makanan yang disediakan . Bagi bahagian lembu ini cikgu Kamaruzzaman dilantik sebagai ketua .


Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba ,26hb adalah acara kemuncak untuk Majlis SAMBUTAN JUBLI PERAK SKPK BESUT , segala persiapan dari buku jubli perak , cenderahati termasuk persembahan murid semuanya akan diserahkan dan dipersembahkan kepada jemputan yang terdiri dari bekas murid , bekas guru ,bekas staff juga tidak terkecuali ibubapa murid . Persiapan ini telah dijalankan berbulan lamanya . Walaupun sibuk dengan pelbagai program tetapi ini semua tidak menjadi halangan untuk kami warga SKPK Besut memberi yang terbaik untuk Majlis Jubli Perak 25 tahun SKPK Besut 2013.




Awal pagi 26hb semua warga SKPK Besut memulakan tugas untuk majlis ini , ini adalah harapan guru besar sendiri untuk melihat semangat kerjasama terus subur di kalangan warga SKPK Besut . Ada yang bertugas dibahagian dapur ada pula yang bertugas unutk membuat persiapan di Dewan PKG. Jam 10pagi ramai jemputan yang hadir , sebelum masuk ke dalam dewan mereka harus mendaftar untuk membolehkan mereka mendapatkan cenderahati yang disediakan termasuk senaskah buku jubli perak yang mengandungi sejarah tentang pembukaan skpk Besut dan gambar bekas pelajar dan bekas guru serta staff .



Majlis berlangsung jam 11.30tgh , majlis dimulakan dengan sambutan tetamu yang dijemput khas iaitu Ketua Sektor Pendidikan Khas ,JPNT , Pegawai dari BPK UstazSukimanjuga wakil dari PPD , Sambutan dimulakan dengan iringan muzik kompang seterusnya pertunjukan silat dari murid SKPK Besut . 





Sebelum meneruskan ucapan dan persembahan ,En Harun telah membacakan  doa untuk mendapat restu ILLAHI bagi perjalanan majlis ini . 

Bacan doa oleh Cikgu Harun

Ucapan aluan-aluan dari Guru Besar

Ucapan dari Ketua Sektor Pendidikan Khas JPNT

Ucapan dari Ustaz Sukiman wakil dari BPK

Pelbagai hadiah juga disediakan unutk cabutan bertuah . Persembahan dari murid juga amat menghiburkan para hadirin .


Antara persembahan oleh murid . Drama ini bertajuk monyet yang sombong . 

Persembahan murid yang membuat hadirin menitiskan air mata 

Diakhir majlis hadirin di persembahkan dengan gimik .... saksikanlah drama persilatan ini .......




Majlis Sambutan Jubli Perak Skpk Besut dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas JPNT dengan memalu gong selepas gimik ini ditayangkan

                     
Ketua Sektor sedang memalul gong



Selesai segala di Dewan PKG semua hadirin dijemput ke perkarangan SKPK Besut untuk menjamu selera .....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...