web widgets

Tuesday, February 24, 2015

LARIAN SIHAT 2015

Tahun 2015 ini sekolah kami telah membuat sedikit perubahan bersesuaian dengan murid yang belajar di sekolah kami . Program larian sihat ini berlangsung pada 5 Februari yang lalu . Bermula jam 8 pagi murid dilepaskan dari kawasan sekolah oleh Puan Guru Besar iaitu Puan Rozita Awang . Dua ketegori di jalankan iaitu untuk murid tahap 1 dan murid tahap 2 . Bagi tahap 1 mereka perlu berlari sebanyak 1 pusingan trek olehraga dan bagi tahap 2 berlari  dua pusingan , selepas program larian acara permainan congkak  turut juga diadakan .


murid mula memasuki trek olahraga

peserta tahap 2
saingan yang hebat
tetap menghabiskan pusingan
murid tahap 2 perempuan

Monday, January 12, 2015

SKUAD CAKNA SKPK BESUT KE KELANTAN UNTUK MISI BANTUAN BANJIR

Sebaik mendapat maklumat salah seorang bekas pelajar terlibat dalam bencana banjir , atas dasar prihatin kami terhadap bekas pelajar kami iaitu Faizal yang tinggal di Gua Musang kutipan derma dilancarkan untuk membeli sedikit sebanyak keperluan harian dan makanan untuk Faizal dan keluarga dan juga penduduk sekitar yang terlibat dengan apa yang disifatkan seperti tsunami kecil.

Keadaan rumah Keluarga Faizal

Sampah tersangkut di pagar rumah

Bahagian belakang rumah yang berhampiran dengan sungai
 Keluarga Faizal mungkin bernasib baik berbanding penduduk kampung yang lain kerana masih lagi mempunyai struktur rumah , penduduk kampung yang lain ramai yang hanya tinggal sehelai sepinggang ibarat mempunyai tapak sahaja kerana keseluruhan rumah hanyut dibawa arus deras banjir , tetapi apa juga yang berlaku penduduk disitu harus bersyukur kerana walupun bencana banjir ini ibarat tsunami kecil ia tidak melibatkan kelihangan nyawa .

Guru dan staff SKPK Besut beegambar beersama keluarga Faizal
Ibarat tsunami kecil
Makcik ini kehilangan seluruh rumahnya
Keadaan rumah makcik tadi yang ranap sama sekali
 Dalam perjalanan pulang ke Besut kami mengagihkan bantuan makanan juga alat kebersihan. Ramai yang menanti bantuan di tepi-tepi jalan .

Pasca banjir di sebuah taman perumahan di Gua Musang

Sebuah rumah yang hancur 90% akibat banjir

Ramai yang menunggu bantuan

Ranap sama sekali

semasa mengagihkan bantuan
 

Tuesday, December 23, 2014

LAWATAN BERMAKLUMAT KE PULAU LANGKAWI

          Lawatan ke Pulau Langkawi telah dijalankan pada 19 hingga 22 Oktober 2014 . Seramai 16 orang perserta terdiri dari guru juga staff dan 15 orang murid menyertai rombongan bermaklumat ini . 

Bas sebelum ke Kuala Perlis

Ketua program lawatan EN Shamsudin

  
Murid ceria untuk ke Langkawi

  Lebih kurang jam 9.30 malam bas bertolak ke Kuala Perlis dan sampai jam 5.30pagi . Setelah sembahyang subuh kami semua bergerak ke jeti untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi

Peserta bergambar sebelum manaikki feri

Keadaan didalam feri


 Selama kami berada di Pulau Langkawi banyak tempat menarik yang dilawati , untuk hari pertama lawatan ke Kilang memproses Gamat dan lawatan tempat bersejarah seperti makam Mahsuri .


Lawatan ke Kilang memproses Gamat

Penyambut tetamu di Makam Mahsuri

Cikgu Fatimah memilih baju di makam mahsuri

Murid memilih baju 



Peserta juga dibawa ke pantai cenang , sebelah petang semua peserta dibawa ke Underwater World Langkawi . Pelbagai jenis ikan dipamerkan . Paling menarik perhatian murid khas adalah spesis burung pingguin .


Makan tengahari dipantai Chenang sebelum ke Underwater World Langkawi
Bergambar Kenangan didepan UnderWater world Langkawi

Terpegun lihat hidupan air luar biasa saiz

Bergambar kenangan berhampiran aquarium  ketam besar

Berehat sebentar


Kereta kabel Gunung Mat Cincang menjadi destinasi pertama kami untuk hari ke 2 lawatan bermaklumat di Langkawi ini. Permulaan ada juga rasa gerun dikalangan kami kerana melihat akan ketinggian puncak gunung itu , tetapi semua perasaan itu lesap bila dapat menikmati keindahan alam bila berada di puncak .

Pemandangan dari bawah

Kenangan waktu dipuncak

Gembira sebelum turun

Restoran dipuncak Gunung Mat Cincang

Bergambar di dalam kereta kabel

Semua bergambar di Puncak Gunung Mat Cincang
 
Selepas selesai menaiki kereta kabel kami semua dibawa pula ke Duck Tour . Kenderaan yang digunakan dalam Duck Tour ini boleh digunakan didarat juga di air . Kami dibawa bersiar di kawasan kapal layar mewah juga dapat melihat sendiri kapal layar yang gunakan Dato Azhar Mansor

Kenderaan yang digunakan untuk Duck tour

Keadaan dalam juga penumpang Duck Tour

Kapal layar yang diberi nama Jalur Gemilang yang pernah mengililingi dunia kepunyaan Dato Azhar Mansor

Antara kapal layar mewah 


Untuk hari terakhir semua peserta lawatan dibawa kemercu tanda Langkawi . Dataran Helang menjadi tempat wajib untuk sesiapa juga yang datang ke Langkawi . Akhirnya kami berangkat pulang jam 3 petang.


Tempat terakhir di lawati

Gambar kenangan sebelum bertolak balik


SELAMAT TINGGAL LANGKAWI
 

Thursday, September 4, 2014

GOTONG ROYONG DENGGI







Denggi menyerang lagi , dengan peningkatan kes denggi sejak akhir-akhir ini kami warga SKPK Besut mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan sekolah . Gotong royong ini dijalankan pada 27 Ogos 2014 jam 3 petang bertujuan untuk membebaskan sekolah dari nyamuk Aedes yang membawa wabak denggi.






MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN SUMBANGAN HARI RAYA DARI IPD BESUT

Pada 24 Ogos yang lalu kami warga SKPK Besut telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis Hari Raya IPD Besut . Sumbangan dari pihak IPD Besut juga telah disampaikan di majlis itu . Terima Kasih diucapkan diatas keprihatinan yang diberikan oleh IPD Besut kepada kami .

Beratur melintas jalan untuk ke IPD Besut



Anggota Polis menanti ketibaan VIP

Sumbangan kepada murid SKPK Besut


Salah seorang murid SKPK Besut
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...