Seramai 15 orang murid dari sekolah kami dan 10 orang murid dari SK Panchor telah mengikuti lawatan muhibah ke Sarawak 18 hingga 21 Mei . Terima kasih diucapkan atas layanan terbaik yang disediakan sepanjang kami menginap di SK Kota Samarahan juga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini termasuk TLDM yang menyediakan pengangkutan bas untuk ke Lapangan Terbang Kota Bharu.
|
Murid teruja untuk menaiki pesawat |
|
|
Peserta lawatan tiba di Kuching , Sarawak pada 6.30 petang dan di bawa ke SKPK Kota Samarahan menggunakan bas . Jadi untuk malam itu peserta berehat di asrama SKPK Kota Samarahan untuk menghilangkan lelah setelah mengikuti perjalanan yang jauh serta bersedia untuk perjalanan hari esok.
|
Kawasan SKPK Kota Samarahan . |
19hb lawatan ke Kampung Budaya (Sarawak Cultural Village) menjadi tempat lawatan pertama peserta . Di sini semua peserta dapat melihat sendiri adat dan budaya suku kaum peribumi di Sarawak. Disini saya sertakan serba sedikit latar belakang tentang Kampung Budaya Sarawak.
“Terokai Sarawak dalam masa setengah hari” itulah yang
dijanjikan oleh Kampung Budaya Sarawak, sebuah muzium ‘award winning’
yang menawarkan pengenalan terbaik bagi cara hidup dan budaya tempatan.
Terletak di atas sebidang tanah seluas 17-ekar dan hanya terletak
berdekatan dengan kawasan hotel-hotel resort, di sini terdapat bangunan
replika yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik di Sarawak; Rumah panjang
Bidayuh, Iban,dan Orang Ulu, perkampungan hutan Penan, Rumah Tinggi
Melanau, sebuah rumah tradisional Melayu dengan gelanggang gasing
terletak bersebelahannya, Rumah Ladang Cina serta sebuah Pagoda Cina.
Wakil dari setiap suku kaum ditempatkan di setiap bangunan ini dengan
memakai pakaian tradisional dan melakukan aktiviti-aktiviti yang
melambangkan gaya hidup tradisional mereka. Setiap bangunan juga
diwakili oleh seorang ‘Tukang Cerita’ yang berpengetahuan luas tentang
cara hidup dan budaya-budaya ini. Mereka juga sangat mesra dan amat
berbesar hati untuk mengambil gambar bersama anda.
|
Peserta lawatan bergambar kenangan |
Setelah selesai melawat perkampungan budaya ini, anda boleh
menyaksikan persembahan tarian tradisional dari pelbagai suku kaum di
teater yang disediakan. Terdapat juga restoran serta kedai-kedai
kraftangan di sini. Kampung Budaya Sarawak juga boleh ditempah dan
menjadi hos kepada majlis makan malam bertema, atau keraian (sila
dapatkan informasi dari hotel penginapan anda) dan yang menariknya
adalah majlis perkahwinan juga boleh diadakan di sini, dengan tema
tradisional seperti Iban, Bidayuh, Melayu ataupun Orang Ulu!
http://www.sarawaktourism.com/bm/itinerary-detail/itin-detail?catid=2&itinid=27
| |
Peserta lawatan bergambar di pintu masuk Kampung Budaya |
|
|
Selesai melawat kampung budaya selama setengah hari peserta dibawa pula melawat ke Taman Buaya Sarawak. Disini peserta boleh melihat sendiri keganasan sang buaya yang selalu diperkatakan .
Disini saya sertakan serba sedikit latar belakang tentang Taman Buaya Sarawak
Antara tempat menarik lain di Bandaraya Kuching
yang wajib dilawati adalah Jong’s Crocodile Farm, atau Taman Buaya
Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang
menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz.
Ia terletak di sekitar daerah Padawan
(sepanjang jalan Kuching-Serian) dan boleh dilawati dengan perjalanan
kira kira 45 minit dari bandar Kuching. Memandangkan Sarawak memang
begitu sinonim buaya maka lawatan ke Jong’ Crocodile Farm ini seolah
olah menjadi kemestian kepada pelancong dari luar Sarawak.
Jong’s Crocodile Farm juga adalah kawasan penternakan, pembiakan dan
pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia. Pada awal penubuhan taman
buaya Jong ini pada tahun 1963, pembukaannya adalah untuk tujuan
komersial iaitu untuk memperdagangkan kulit buaya, tetapi kemudiannya
ditukar kepada mini zoo yang ada hingga sekarang. Ia diberi nama sempena
pemilik dan pembuka taman ini sendiri iaitu Johnson John. Johnson John
juga adalah penulis bersama buku ‘Man-eating Crocodiles of Borneo’
bersama James Ricthie. Harga masuk ialah RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk
kanak kanak di bawah 12 tahun.
Buaya buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan
umur. Buaya yang masih kecil ditempatkan bersama di dalam sangkar yang
lebih kecil. Begitu juga buaya yang masih diperingkat ‘remaja’. Manakala
buaya dewasa dibiarkan hidup berkumpulan dalam kawasan yang lebih
besar.
Walaupun dikenali sebagai taman buaya, Jong’s Crocodile Farm juga
menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang
lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo. Waktu yang paling
sesuai untuk melawat Jong’s Crocodile Farm ialah pukul 9 pagi dan juga 3
petang kerana waktu ini demonstrasi memberi makan kepada buaya akan
diadakan.
http://kembarakuching.com/taman-buaya-jong/
|
Sekitar Taman Buaya |
Pada petang 19hb itu peserta dibawa melawat sekitar bandar kuching sebelum pulang ke asrama SKPK Kota Samarahan , banggunan di sekitar Kuching unik kerana rekabentuk banggunan disini banyak dipengaruhi oleh suku kaum di Sarawak itu sendiri.
|
Kenangan di sekitar Kuching |
Selesai minum pagi pada 20hb peserta lawatan dibawa melawat sekitar Sekolah Pendidikan Khas Kota Samarahan . Jika mahu tahu lebih lanjut mengenai tentang SKPK Kota Samarahan boleh la ke Blog Rasmi mereka.
|
Taklimat serba sedikit mengenai SKPK Samarahan |
|
Wakil dari SKPK Besut En Ayob dan Guru Besar SK Panchor bertukar cenderahati dengan SKPK Kota Samarahan |
|
Peserta sedang mendengar taklimat |
Selesai melawat seluruh SKPK Kota Samarahan program lawatan ini diteruskan dengan melawat Universiti Malaysia Sarawak.
|
Bergambar kenangan di UNIMAS |
|
Murid menerima cenderahati dari Wakil UNIMAS |
|
Taklimat untuk peserta lawatan di UNIMAS |
Semua peserta berangkat pulang pada pagi 21hb membawa kenangan manis selama berada di Sarawak . Terima kasih kepada semua peserta yang memberi kerjasama dalam kejayaan lawatan ini.
|
Berangkat pulang di Lapangan Terbang Kuching |
No comments:
Post a Comment