web widgets

Tuesday, February 5, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Program Maulidur Rasul untuk tahun 2013 bertemakan "wasatiyyah tunggak perpaduan ummah" ini bermula jam 7.30 pagi. Semua murid termasuk guru dan staf sokongan di beri taklimat untuk kesinambungan program tahun lepas .Program jelajah masjid yang dicetuskan oleh tuan guru besar yang bermula tahun 2012 di sambung untuk tahun yang ke dua. Kali ini program jelajah masjid ini telah memilih masjid Kg Lampu, masjid Kg Raja, masjid Pengkalan Nyireh dan masjid Limbungan.

Banner di ikat kuat pada bas

Dua banner hasil buah fikiran guru-guru sempena Maulidur Rasul 2013





Objektif program jelajah masjid ini ialah untuk memberi penghayatan dan memberi lebih rasa kasih dan sayang kepada Rasulullah .

Masjid pertama program jelajah masjid  di Kg Lampu

Ruang sembahyang masjid Kg Limbongan

Bentuk kubah masjid Kg Raja

Mengikut cerita tuan guru besar Masjid Pengkalan Nyireh ini Adalah sumbangan seorang hamba Allah yang dermawan

Bergambar dikolam air sembahyang Masid Pengkalan Nyireh

Masjid yang baru siap dibina . Masjid Kg Limbongan


Ribuan terima kasih juga diberi kepada Puan Malisa (PK HEM) kerana menyediakan jamuan makan tengahari .


Akhirnya program sampai di penghujung . Bacaan selawat keatas nabi turut di alunkan. Hadiah disampaikan dan majlis ditutup dengan rasminya oleh tuan guru besar EN YM Raja Hussin Bin Raja Puteh.

Ucapan oleh guru besar

Bacaan selawat Keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...