web widgets

Tuesday, December 23, 2014

LAWATAN BERMAKLUMAT KE PULAU LANGKAWI

          Lawatan ke Pulau Langkawi telah dijalankan pada 19 hingga 22 Oktober 2014 . Seramai 16 orang perserta terdiri dari guru juga staff dan 15 orang murid menyertai rombongan bermaklumat ini . 

Bas sebelum ke Kuala Perlis

Ketua program lawatan EN Shamsudin

  
Murid ceria untuk ke Langkawi

  Lebih kurang jam 9.30 malam bas bertolak ke Kuala Perlis dan sampai jam 5.30pagi . Setelah sembahyang subuh kami semua bergerak ke jeti untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi

Peserta bergambar sebelum manaikki feri

Keadaan didalam feri


 Selama kami berada di Pulau Langkawi banyak tempat menarik yang dilawati , untuk hari pertama lawatan ke Kilang memproses Gamat dan lawatan tempat bersejarah seperti makam Mahsuri .


Lawatan ke Kilang memproses Gamat

Penyambut tetamu di Makam Mahsuri

Cikgu Fatimah memilih baju di makam mahsuri

Murid memilih baju 



Peserta juga dibawa ke pantai cenang , sebelah petang semua peserta dibawa ke Underwater World Langkawi . Pelbagai jenis ikan dipamerkan . Paling menarik perhatian murid khas adalah spesis burung pingguin .


Makan tengahari dipantai Chenang sebelum ke Underwater World Langkawi
Bergambar Kenangan didepan UnderWater world Langkawi

Terpegun lihat hidupan air luar biasa saiz

Bergambar kenangan berhampiran aquarium  ketam besar

Berehat sebentar


Kereta kabel Gunung Mat Cincang menjadi destinasi pertama kami untuk hari ke 2 lawatan bermaklumat di Langkawi ini. Permulaan ada juga rasa gerun dikalangan kami kerana melihat akan ketinggian puncak gunung itu , tetapi semua perasaan itu lesap bila dapat menikmati keindahan alam bila berada di puncak .

Pemandangan dari bawah

Kenangan waktu dipuncak

Gembira sebelum turun

Restoran dipuncak Gunung Mat Cincang

Bergambar di dalam kereta kabel

Semua bergambar di Puncak Gunung Mat Cincang
 
Selepas selesai menaiki kereta kabel kami semua dibawa pula ke Duck Tour . Kenderaan yang digunakan dalam Duck Tour ini boleh digunakan didarat juga di air . Kami dibawa bersiar di kawasan kapal layar mewah juga dapat melihat sendiri kapal layar yang gunakan Dato Azhar Mansor

Kenderaan yang digunakan untuk Duck tour

Keadaan dalam juga penumpang Duck Tour

Kapal layar yang diberi nama Jalur Gemilang yang pernah mengililingi dunia kepunyaan Dato Azhar Mansor

Antara kapal layar mewah 


Untuk hari terakhir semua peserta lawatan dibawa kemercu tanda Langkawi . Dataran Helang menjadi tempat wajib untuk sesiapa juga yang datang ke Langkawi . Akhirnya kami berangkat pulang jam 3 petang.


Tempat terakhir di lawati

Gambar kenangan sebelum bertolak balik


SELAMAT TINGGAL LANGKAWI
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...