web widgets

Tuesday, December 23, 2014

LAWATAN BERMAKLUMAT KE PULAU LANGKAWI

          Lawatan ke Pulau Langkawi telah dijalankan pada 19 hingga 22 Oktober 2014 . Seramai 16 orang perserta terdiri dari guru juga staff dan 15 orang murid menyertai rombongan bermaklumat ini . 

Bas sebelum ke Kuala Perlis

Ketua program lawatan EN Shamsudin

  
Murid ceria untuk ke Langkawi

  Lebih kurang jam 9.30 malam bas bertolak ke Kuala Perlis dan sampai jam 5.30pagi . Setelah sembahyang subuh kami semua bergerak ke jeti untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi

Peserta bergambar sebelum manaikki feri

Keadaan didalam feri


 Selama kami berada di Pulau Langkawi banyak tempat menarik yang dilawati , untuk hari pertama lawatan ke Kilang memproses Gamat dan lawatan tempat bersejarah seperti makam Mahsuri .


Lawatan ke Kilang memproses Gamat

Penyambut tetamu di Makam Mahsuri

Cikgu Fatimah memilih baju di makam mahsuri

Murid memilih baju 



Peserta juga dibawa ke pantai cenang , sebelah petang semua peserta dibawa ke Underwater World Langkawi . Pelbagai jenis ikan dipamerkan . Paling menarik perhatian murid khas adalah spesis burung pingguin .


Makan tengahari dipantai Chenang sebelum ke Underwater World Langkawi
Bergambar Kenangan didepan UnderWater world Langkawi

Terpegun lihat hidupan air luar biasa saiz

Bergambar kenangan berhampiran aquarium  ketam besar

Berehat sebentar


Kereta kabel Gunung Mat Cincang menjadi destinasi pertama kami untuk hari ke 2 lawatan bermaklumat di Langkawi ini. Permulaan ada juga rasa gerun dikalangan kami kerana melihat akan ketinggian puncak gunung itu , tetapi semua perasaan itu lesap bila dapat menikmati keindahan alam bila berada di puncak .

Pemandangan dari bawah

Kenangan waktu dipuncak

Gembira sebelum turun

Restoran dipuncak Gunung Mat Cincang

Bergambar di dalam kereta kabel

Semua bergambar di Puncak Gunung Mat Cincang
 
Selepas selesai menaiki kereta kabel kami semua dibawa pula ke Duck Tour . Kenderaan yang digunakan dalam Duck Tour ini boleh digunakan didarat juga di air . Kami dibawa bersiar di kawasan kapal layar mewah juga dapat melihat sendiri kapal layar yang gunakan Dato Azhar Mansor

Kenderaan yang digunakan untuk Duck tour

Keadaan dalam juga penumpang Duck Tour

Kapal layar yang diberi nama Jalur Gemilang yang pernah mengililingi dunia kepunyaan Dato Azhar Mansor

Antara kapal layar mewah 


Untuk hari terakhir semua peserta lawatan dibawa kemercu tanda Langkawi . Dataran Helang menjadi tempat wajib untuk sesiapa juga yang datang ke Langkawi . Akhirnya kami berangkat pulang jam 3 petang.


Tempat terakhir di lawati

Gambar kenangan sebelum bertolak balik


SELAMAT TINGGAL LANGKAWI
 

Thursday, September 4, 2014

GOTONG ROYONG DENGGI







Denggi menyerang lagi , dengan peningkatan kes denggi sejak akhir-akhir ini kami warga SKPK Besut mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan sekolah . Gotong royong ini dijalankan pada 27 Ogos 2014 jam 3 petang bertujuan untuk membebaskan sekolah dari nyamuk Aedes yang membawa wabak denggi.






MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN SUMBANGAN HARI RAYA DARI IPD BESUT

Pada 24 Ogos yang lalu kami warga SKPK Besut telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis Hari Raya IPD Besut . Sumbangan dari pihak IPD Besut juga telah disampaikan di majlis itu . Terima Kasih diucapkan diatas keprihatinan yang diberikan oleh IPD Besut kepada kami .

Beratur melintas jalan untuk ke IPD Besut



Anggota Polis menanti ketibaan VIP

Sumbangan kepada murid SKPK Besut


Salah seorang murid SKPK Besut
 

Wednesday, August 20, 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PPD BESUT UNIT PENDIDIKAN KHAS

Majlis sambutan hari raya PPD Besut untuk warga pendidikan khas besut telah diadakan di Dewan PKG Raja Alor Lintang . Berbagai juadah disediakan juga persembahan nasyid turut dipersembahkan . Majlis ini telah diadakan pada 10 Ogos 2014 . 

Antara warga SKPK Besut yang memeriahkan majlis

Keadaan didalam dewan


Persembahan Nasyid

Guru , Staff dan murid Skpk Besut
 

MAJLIS SAMBUTAN GURU BESAR BARU DAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

Majlis sambutan untuk Puan Rosita binti Awang yang akan bertugas sebagai guru besar yang baru kami yang menggantikan YM Raja Hussin Bin Raja Puteh telah diadakan pada 3 Ogos 2014 bertempat di perkarangan SKPK Besut . Majlis ini diadakan sekali bersama sambutan  hari raya Aidilfitri. Puan Rosita sebelum ini bertugas di SKPK Jalan Hutton , Pulau Pinang dengan jawatan guru besar juga . Harap Puan Rosita gembira berada di sekolah SKPK Besut 

Puan Rosita Guru Besar kami yang baru

Puan Rosita bersama PK Hem Puan Malisa

Sambutan yang dirancang

Warga SKPK Besut menyambut mesra kedatangan guru besar  baru

Puan Rosita memberi ucapan pertama

Jamuan hari raya bermula

 

MAJLIS PERPISAHAN PUAN SITI SUZANTI DAN MAJLIS BERBUKA PUASA 2014

Pada 2 Julai 2014 kelab kebajikan SKPK Besut telah mengadakan majlis perpisahan dan majlis berbuka puasa bertempat di Bukit Kluang Beach Resort , Besut Terengganu . Puan Siti Suzanti yang bertugas sebagai PPM telah bertukar ke Sarawak kerana mengikut suami . Kami warga SKPK Besut mengucapkan selamat menjalankan tugas ditempat baru .


Pengerusi Kelab Kebajikan Puan Zulina bersama Puan Siti Suzanti

Bergambar kenangan bersama Puan Siti Suzanti

Antara warga SKPK Besut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...